Tarian Etnik Sarawak

Tarian Datun Julud

Tarian dari Sarawak ini boleh ditarikan secara berseorangan atau berkumpulan. Ia merupakan tari bersama
suku kaum Dayak Kenyah yang tinggal di Bulungan, Kutai, Berau dan Pasir iaitu kawasan persempadanan antara
Sarawak dan Kalimantan Timur. Alat muzik utama yang mengiringi tarian ini ialah Sape.
Dalam tarian ini bulu-bulu burung dilekatkan di celah jari kedua-dua belah tangan penari sebagai perhiasan.
Gerakan langkah yang menghentakkan kaki ke kiri dan ke kanan di ulang-ulang sambil menyanyi dan bertepuk tangan.


kembali